Polis Marin Sandakan Berjaya Tahan Kapal Tunda Ketika Leka Menangkap Ikan

Polis Marin Sandakan Berjaya Tahan Kapal Tunda Ketika Leka Menangkap Ikan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menahan sebuah kapal tunda di perairan Tanjung Layar-Layar ketika sedang leka menangkap ikan kurang 3 Batu Nautika dari persisiran pantai laut berkenaan Isnin lalu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata aktiviti mereka yang dikesan sekitar pukul 12 pagi itu melanggar Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b).

“Dua lelaki tempatan merupakan awak-awak berumur 30an juga ditahan dan hasil tangkapan laut berat sekitar 10 kg turut dirampas,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Bot tersebut dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk pemeriksaan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan.

“Bagi kesalahan pertama, pemilik kapal akan dikompaun sebanyak RM500, kesalahan kedua RM1,000 dan kesalahan ketiga RM1,500, dan sekiranya kesalahan berulang lesen boleh dibatalkan dan kapal akan disita,” tambah beliau.