Polis Pecahkan Tingkap Kereta Bagi Menahan 2 Ahli Sindiket Mengedar Dadah

Polis Pecahkan Tingkap Kereta Bagi Menahan 2 Ahli Sindiket Mengedar Dadah

0
SHARE
Zaidi tengah menunjukkan salah satu bungkusan dadah jenis syabu...

KOTA KINABALU, SABAH – Polis bertindak untuk memecahkan tingkap kereta bahagian penumpang bagi menahan dua ahli sindiket mengedar dadah jenis ‘syabu’ berhadapan Pusat Membeli-Belah Imago di sini, kelmarin.

Ini kerana dua saspek lelaki yang berasal dari Sarawak mengunci pintu kenderaan apabila dihampiri anggota narkotik dalam Insiden 4.15 petang itu.

Ketua Polis Bandaraya ACP Zaidi Abdullah berkata pemeriksaan lanjut ke atas Toyota Vios tersebut menjumpai 2.092 gram syabu dalam bungkusan teh.

Jumlah dadah dianggarkan bernilai RM 72,000 dan quantiti itu cukup membekalkan lebih 10 ribu penagih…

“Saspek berumur 22 dan 28 tahun. Salah seorang daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau juga berkaitan dadah tetapi ujian air kencing ke atas kedua mereka kembali negatif.

“Siasatan mendapati mereka merupakan orang tengah antara pembekal dan pengedar. Mereka juga dibayar RM 1000 bagi hantaran pada kali ini,” kata Zaidi.

Polis kini dalam siasatan peringkat awal untuk mengenal pasti rantaian sindiket yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan yang lalu.

Turut dirampas adalah tiga (3) telefon bimbit yang digunakan untuk urusan transaksi pengedaran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.