Hampir Semua Daerah Di Sabah Dikategorikan Zon Merah Jangkitan COVID-19

Hampir Semua Daerah Di Sabah Dikategorikan Zon Merah Jangkitan COVID-19

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 26 Julai 2021...(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

KOTA KINABALU, SABAH – ENAM (6) kes kematian dilaporkan kelmarin (Isnin) di mana Sabah mencatat 720 kes baharu positif COVID-19 baharu.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata angka itu merupakan penurunan sebanyak 98 kes berbanding hari sebelumnya.

“Empat daripada kes kematian tersebut berlaku di Kota Kinabalu manakala Kota Marudu dan Sandakan masing-masing mencatatkan satu (1) kes…

“Sebanyak 331 kes atau 46 peratus dari jumlah kes hari ini adalah dari Saringan Kontak Rapat dan Kota Kinabalu merupakan daerah penyumbang tertinggi dengan 69 kes.

“Kluster sedia ada, Agathis, di Kalabakan adalah penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 112 kes daripada keseluruhan 226 kes yang berpunca daripada Saringan Kluster,” jelas beliau.

Hampir semua daerah di Sabah dikategorikan sebagai Zon Merah kecuali Tenom dan Kuala Penyu (Zon Jingga) dan Tambunan dan Nabawan (Zon Kuning) .

Dalam pada itu, lapan (8) lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 28 Julai sehingga 10 Ogos.

“Ini termasuk Kampung Kauran di Keningau, Tiga Perkampungan di Sipitang, iaitu Menengah, Buang Sayang dan Pasir Putih…

“Kampung Mostyn Lama di Kunak,Perumahan Ladang Pontian Kuril di Kinabatangan, Taman Kinarut Ria di Papar dan Kampung Tawadakan di Kota Belud,” tambah Masidi.