TOKYO, JEPUN – Jawatankuasa penganjur dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan Jumlah kes COVID-19 di Olimpik Tokyo meningkat kepada 148 KES.
Memetik laporan agensi Berita Anadolu, jawatankuasa temasya sukan terbesar itu memaklumkan seramai 15 orang telah diuji positif COVID-19 termasuk tiga atlet warga asing.
Walau bagaimanapun, atlet berkenaan tidak tinggal di perkampungan Olimpik di Harumi, iaitu di sebuah pulau buatan manusia di Tokyo Bay.