Polis Tahan Dua Kaki Syabu Pada SJR Jalan Papar Lama

Polis Tahan Dua Kaki Syabu Pada SJR Jalan Papar Lama

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Dua kaki syabu masing-masing dengan ‘stok’ sendiri ditahan polis yang sedang mejalankan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Papar Lama Tanaki sini pada Jumaat, semalam.

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Penampang merampas 0.15 gram serta peralatan menghisap dadah berkenaan dalam operasi 12 tengah hari itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton, kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 38 dan 39 tahun ketika itu sedang menaiki sebuah van dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pemeriksaan dibuat, salah seorang individu tersebut bertindak agresif dan melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh pasukan polis.

“Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai dua paket lutsinar yang berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, 0.7 dan 0.8 gram masing-masing di dalam poket seluar kedua-dua individu yang ditahan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Saringan ujian air kencing yang kemudian dilakukan di balai mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Sammy menasihatkan masyarakat supaya tidak terlibat dengan najis dadah dan menyarankan orang awam untuk segera tampil memberikan maklumat kepada pihak polis agar kes dadah di dalam daerah Penampang ini dapat dibanteras.

Kes disiasat di Bawah Seksyen dan 15 (1) (a) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.