Polis Tahan Lelaki Terlibat Kes Cederakan Orang di Flat Sri Titingan

Polis Tahan Lelaki Terlibat Kes Cederakan Orang di Flat Sri Titingan

0
SHARE

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan di kawasan Flat Sri Titingan, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan ketika menjalankan rondaan cegah jenayah sekitar jam 3.20 petang kelmarin.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam satu kejadian mendatangkan kecederaan yang telah dilaporkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

ACP Jasmin turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri dalam sebarang perselisihan faham sebaliknya menyerahkan urusan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.