Politik Menyatukan Budaya Barisan Nasional – Jamawi

Politik Menyatukan Budaya Barisan Nasional – Jamawi

0
SHARE

TENOM, SABAH – Hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci utama dalam menghadapi cabaran yang mengekan negara mencapai matalamatnya.

Bekas Wakil Rakyat Kawasan Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, perasaan prasangka dan ketidak puasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah perkara asing dan ianya harus ditangani secara bijak dan berhemah.

“Di kebanyakan negara, persengketaan antara kaum, lebih-lebih lagi berkaitan isu agama, membawa peperangan yang berlarutan.

“Perkara ini sekali gus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan…

katanya selepas menghadiri jampuan makan tenghari bersama Jawatan Gabungan Persatuan Komuniti Cina Daerah Tenom dan Ketu-aKetua Masyarakat Cina Tenom Kemabong di sini kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi SUDC, perpaduan kaum adalah elemen penting dan harus diberi perhatian dan bagi sesebuah negara yang bermasayarakat majmuk seperti Malaysia, sifat itu harus dipupuk bagi menjamin kestabilan ekonomi dan politik.

“Peristiwa 13 Mei 1969 banyak mengubah kehidupan rakyat negara ini. Ia satu titik hitam dalam sejarah namun dari sudut lain peristiwa itu juga satu pengajaran besar kepada negara untuk diambil sebagai iktibar,“ tambahnya.

Dalam pada itu beliau menambah politik sepatutnya menyatukan sebagaimana yang menjadi amalan dan Budaya Barisan Nasional selama ini.

“Pemimpin politik tidak kira agama dan bangsa perlu insaf dan sedar bahawa tanggungjawab memupuk kebersamaan adalah tanggungjawab bersama…

Bukan melaga-laga serta mendorongkan perbezaan yang memecahkan,” katanya.

Jamawi menambah bahawa citra Malaysia selari dengan gagasan Keluarga Malaysia mesti jelas bahawa negara berdaulat ini memiliki kepelbagaian yang perlu diraikan berdasarkan Rukun Negara yang dipersetujui bersama.

“Malaysia Baharu sepatutnya membina teladan mengukuhkan aspirasi perlembagaan kita, bukan mengadaptasi liberalisasi ekstremis untuk kepentingan sesetengah pihak,” katanya.