KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan laporan parti itu menolak semua jawatan dalam Kabinet yang akan diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau menyifatkan laporan sebuah portal berita itu sebagai berniat jahat yang mahu memecahkan-belahkan BERSATU.

“Dakwaan itu sebagai ‘palsu’ dan “berniat jahat mahu memecahkan Bersatu”.
Portal The Malaysia Insight melaporan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Bersatu menolak semua jawatan dalam kabinet sebagai salah satu strategi dan persediaan parti itu memenangi PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dedah sumber parti.

Beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insight, presiden Bersatu itu mencadangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung baru-baru ini.