KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah bot mewah yang berlabuh di perairan Kampung Torong Logong, Pulau Gaya, sini terbakar 90 peratus (90%) pagi tadi.
Penduduk kampung yang menyedari kepulan asap tebal dalam kejadian 9.20 itu dengan menggunakan bot masing-masing cuba membantu memadamkan api dan menyelamatkan mangsa.
Difahamkan Pihak Bomba dihubungi 10 minit kemudian.
Sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut beberapa pegawai dan anggota tiba ke lokasi menaiki bot laju Pasukan Polis Marin (PPM) dari Jeti Jesselton.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata api berjaya dikawal pada pukul 10.37.
“Kebakaran ini memusnahkan hampir 90 peratus daripada bot berkenaan…
“Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).
DIfahamkan bot terbabit milik KK Yacht yang menawarkan beberapa pakej pelayaran di sekitar perairan Kota Kinabalu dan kembali beroperasi selepas kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung sektor pelancongan dalam negeri.





