Power Rangers Putih Ceriakan PPV Dewan Kobuni

Power Rangers Putih Ceriakan PPV Dewan Kobuni

0
SHARE
Petugas KKM turut merakamkan gambar kenangan bersama adiwira 'Power Rangers Putih' di PPV Dewan Kg. Kobuni...

KOTA KINABALU, SABAH – Suasana dalam Program Jangkauan Luar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kampung Kobuni bertukar ceria dengan kehadiran adiwira ‘Power Rangers Putih’ pada Isnin.

Feddy Wong, 42, berkata kehadiran beliau memakai pakaian adiwira tersebut bertujuan untuk menghiburkan penerima vaksin dan juga petugas barisan hadapan yang bertugas dalam program tersebut.

“Saya tahu tempat ini ada mengadakan program pemberian vaksinasi, jadi saya datang untuk memeriahkan suasana dan memberi semangat kepada semua yang hadir…

“Sebenarnya tujuan utama saya datang adalah untuk memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 ini selamat untuk diambil dan jangan terpengaruh dengan khabar angin yang mengatakan kononnya vaksin ini tidak selamat.

“Dengan pengambilan vaksin ini, kita mampu menyelamatkan diri dan keluarga daripada dijangkiti COVID-19,” katanya semasa ditemui pemberita.

Petugas KKM turut merakamkan gambar kenangan bersama adiwira ‘Power Rangers Putih’ sebelum memberi suntudi PPV Dewan Kg. Kobuni…

“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya di Sabah untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin bagi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera sekali gus bebas COVID-19…

“Bagi yang sudah menerima vaksin, kita bantu menasihati mereka yang belum lagi mendaftar dan menerima vaksin untuk kebaikan bersama,” tambahnya yang mendapat sambutan hangat daripada petugas dan orang ramai untuk bergambar kenangan.

‘Power Rangers Putih’ mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang merakamkan gambar kenangan…

Dalam program yang sama, turut diadakan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kampung Kobuni dan kampung-kampung berhampiran yang disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.18 Inanam, Datuk William Majimbun.

Pegawai Penerangan Kota Kinabalu, Hasmawati Karroda menyampaikan Jalur Gemilang kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.18 Inanam, Datuk William Majimbun…