KETUA MENTERI SABAH DALAM PERBINCANGAN DENGAN PETRONAS

KETUA MENTERI SABAH DALAM PERBINCANGAN DENGAN PETRONAS

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan dari kiri, Tengku Muhammad Taufik, Mohd Bakke Salleh, Mohamed Firouz Asnan, Masidi dan Dato’ Armizan...

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor telah bertemu dengan barisan atasan Petronas semasa melakukan lawatan kerja di sini, hari ini.

Menemani beliau adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Menteri Perumahan, Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakke Salleh, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tengku Muhammad Taufik dan Naib Presiden Kanan Petronas, Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan mewakili Petronas dalam mesyuarat pagi tadi.

Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama dengan dari kiri, Mohamed Firouz Asnan, Tengku Muhammad Taufik, Mohd Bakke Salleh, Masidi dan Dato’ Armizan…