PRN17 Sabah: Anak Muda Wajib Undi, Parti Lokal Jadi Pilihan

PRN17 Sabah: Anak Muda Wajib Undi, Parti Lokal Jadi Pilihan

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat SABAR di Semenanjung, Faisal Mohidin berkata ramai rakyat Sabah termasuk golongan B40, M40 serta NGO kini cenderung memilih parti lokal pada PRN17.

Menurutnya, kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor telah membuktikan keprihatinan melalui pelbagai bantuan pendidikan seperti insentif pelajar SPM, STPM, STAM, pelajar asasi hingga ijazah, selain bantuan pelajar dalam dan luar negeri.

Katanya, kerajaan juga menyalurkan peruntukan kepada PIBG dan sekolah, meningkatkan dana biasiswa kepada RM136 juta serta melaksanakan program kemahasiswaan dan komuniti melalui SEMESTA bersama pelbagai agensi.

Selain itu, institusi pendidikan milik negeri seperti KTYS dan UCSF turut menawarkan pendidikan hampir percuma, manakala langkah subsidi hutang PTPTN dilihat lebih realistik berbanding cadangan penghapusan hutang.

“Dalam PRN17, pengundi mempunyai tanggungjawab besar memilih kerajaan yang kuat dan stabil, sekali gus memastikan agenda mensejahterakan rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Faisal menegaskan kerajaan negeri yang stabil akan memberi ‘bargaining power” lebih besar kepada Sabah untuk menuntut hak negeri secara mutlak.