Program Mini Roadshow Hala Tuju Sabah Maju Jaya Daerah Tawau

Program Mini Roadshow Hala Tuju Sabah Maju Jaya Daerah Tawau

0
SHARE
Rosmadi (dua, kiri) menyerahkan buku ringkasan HTSMJ kepada Joseph Pang (dua, kanan)...

TAWAU, SABAH – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) selaku Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya telah mengadakan Program Mini Roadshow Hala Tuju Sabah Maju Jaya di Dewan Masyarakat Tawau, sini, pada pagi tadi.

Program tersebut merupakan salah satu platform libat urus yang bertujuan memberi pendedahan serta menyebar luas intipati Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 : 2021-2025) secara lebih dekat kepada rakyat Sabah terutamanya penduduk di sekitar daerah Tawau.

Perasmian program disempurnakan oleh Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah merangkap Ketua Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Antara pengisian program adalah seperti Retrospektif Aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang disampaikan oleh Rosmadi serta sesi penyerahan Buku Ringkasan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) kepada Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau.

Antara barisan panel forum mini HTSMJ…

Selain itu, mini forum turut berlangsung yang menyentuh tiga (3) sektor utama di bawah inisiatif HTSMJ iaitu Sektor Pertanian, Pelancongan dan Kesejahteraan Rakyat…

Sesi perkongsian inisiatif HTSMJ yang pertama dimulakan oleh Kementerian Pertanian dan Perikanan yang diwakili Normah Gudang dari Jabatan Pertanian selaku Moderator serta barisan panel terdiri daripada Haji Abdul Samat Hj Injau (Jabatan Pertanian), Rendy Fazhrin Sairin (Jabatan Perikanan), Lahaman Dahing (Jabatan Pengairan Dan Saliran), Halsina Hj. Sait (Ko-Nelayan), dan Lahaman bin Dahing (Jabatan Pengairan Dan Saliran).

Sesi perkongsian kedua daripada Taman-Taman Sabah yang diwakili oleh Royston Tiam, Pengurus Taman Bukit Tawau yang mengupas topik pelancongan, disusuli dengan sesi perkongsian terakhir mengenai kesejahteraan rakyat oleh Jais Asri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

“Jelas sekali, program berkonsepkan interaksi dua hala secara bersemuka antara Kerajaan negeri Sabah dengan rakyat di negeri ini akan menjadi titik awal dalam menyampaikan maklumat HTSMJ secara lebih jelas dan mudah kepada golongan sasar,” kata Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam kenyataan hari ini.

Hadir sama, Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) JPAN, Mohd. Shoffian Mohd. Said , Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ahli-ahli Majlis, serta PemimpinPemimpin Pembangunan Masyarakat Tawau.