Program Pembangunan Komuniti Borneo Lab Perkasakan Penduduk Kampung Darau

Program Pembangunan Komuniti Borneo Lab Perkasakan Penduduk Kampung Darau

0
SHARE
Mra
Padsakorn (enam kiri) bersama MRA masing-masing menanam pokok bakau sebagai gimik perasmian program pemerkasaan masyarakat Kampung Darau

KOTA KINABALU, SABAH – PTTEP Malaysia, dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), melancarkan program Bomeo Lab+, perintis inisiatif pembangunan komuniti bertempoh tiga tahun, yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar dan meningkatkan kehidupan komuniti terpinggir di Sabah.

Borneo Lab+ dirasmikan oleh Pengurus Negara PTTEP Malaysia, Padsakorn Suwanruji, berlatarkan pemandangan indah Darau Wetland pagi Khamis (2 Mei).

Acara dirasmikan dengan penanaman 100 batang pokok bakau di kawasan tanah lembap yang ditetapkan, berikutan kejayaan kempen penanaman pokok di Sarawak baru-baru ini.

Secara asasnya, Borneo Lab+ merangkumi dua projek berasingan, tetapi berkait rapat iaitu Sabah Urban Farming Sandbox dan program Kinabalu Art Boutique.

Sabah Urban Farming Sandbox (SUFARMS) merupakan inisiatif untuk mendidik masyarakat mengenai amalan-amalan pertanian mampan serta penyelesaian boleh diperbaharui.

Menerusi bengkel-bengkel yang menarik dan pengalaman amali, para peserta akan mempelajari tentang pelbagai manfaat kaedah pengeluaran hijau seperti pertanian hidroponik, selain mendapatkan ilmu praktikal tentang penyelesaian boleh diperbaharui.

SUFARMS bermatlamat mempertingkatkan akses kepada makanan berkhasiat, memperkukuhkan keselamatan makanan, dan merangsang pertumbuhan ekonomi menerusi penciptaan peluang-peluang pekerjaan.

Selain itu, amalan-amalan pertanian mampan akan menyumbang kepada usaha penjimatan air serta mengurangkan perbelanjaan isi rumah, lantas memupuk masyarakat yang lebih berdaya tahan dan berdikari.

Sementara itu, program Kinabalu Art Boutique pula akan memperkasakan komuniti seni 840 di kawasan luar bandar dan pantai menerusi kraf plastik PET yang dijadikan produk seni alternatif yang mesra alam.

Program ini akan menyumbang kepada pengurangan sisa plastik dan menjana aliran pendapatan yang mampan untuk artisan tempatan dari kumpulan B40 bagi mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial mereka.

Menerusi integrasi pendidikan, pengewangan dan kebajikan ekologi dalam aktiviti seni tradisional tempatan mereka, program ini akan membentuk hubungan yang lebih mendalam di antara artisan ini dan warisan budaya mereka, lantas memupuk rasa bangga dan pemilikan dalam masyarakat.

“Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan MRA dalam pelbagai inisiatif tanggungjawan sosial korporat CSR yang mendokong tiga daripada empat tonggak teras CSR PTTEP iaitu keperluan asas, pendidikan, dan alam sekitar.

“Kini, kami memperluaskan kerjasama ini untuk memperkasakan masyarakat,” tegas Padsakorn.

“Dengan pengalaman MRA, kami di PTTEP percaya bahawa Borneo Lab+ akan memperkasakan rakyat Sabah dengan kemahiran asas, peluang, serta pengetahuan alam sekitar yang diperlukan bagi menjamin kemakmuran berpanjangan masyarakat, dan bertindak sebagai asas transformasi untuk merealisasikan masa hadapan yang mampan tanpa menjejaskan hubungan mereka dengan budaya rantau ini yang cukup kaya,” tambah beliau.