Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, dijangka akan mempertahankan kerusinya.
Beliau sebelum ini telah mengumumkan pencalonan timbalan presiden parti itu Datuk Maijol Mahap untuk kerusi Kota Marudu dan naib presiden Ahsim Jamat untuk kerusi Karambunai atau kerusi baru, Darau.
“Harapan Rakyat juga akan meletakkan Jonas Sunggim di Kuala Penyu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Tahunan parti itu, di sini pada Khamis.
Lajim berkata, Gabungan Sabah, di mana Harapan Rakyat sebagai ahli akan bertanding di semua 60 kerusi DUN dan 26 kerusi Parlimen pada PRU-14.
“Kita hampir menyelesaikan isu peruntukan kerusi di kalangan komponen parti Gabungan Sabah, hanya sedikit lagi untuk diselesaikan.
“Kami tidak akan bertanding di Sandakan dan Kota Kinabalu kerana rakan kita dalam Gabungan akan meletakkan calon mereka di sana,” katanya.