PRU17 Sabah: Nizam berdepan saingan 6 penjuru di DU Apas

PRU17 Sabah: Nizam berdepan saingan 6 penjuru di DU Apas

0
SHARE

TAWAU – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DU) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berdepan pertandingan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-17 Sabah.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu tiba di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Tawau pada jam 8.27 pagi ini.

Beliau diiringi dua pencadang disambut sorakan penyokong GRS yang berhimpun di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal 6 pagi.

Nizam, calon nombor 4 ditentang Elmiariezan Ardan (BN), Herman Amdas (PIS), Lim Ting Khai (PN), Sarman Amat Simito (Warisan) dan Marsiah Omat (PPRS).

Untuk rekod, Nizam mengekalkan penguasaan di kerusi DU Apas apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut, masing-masing pada Pilihan Raya Negeri 2018 dan 2020, dengan majoriti 1,787 undi dan 2,049 undi, sebelum kini berkhidmat sebagai wakil rakyat di bawah GRS.