MANILA, FILIPINA – Pelaksanaan hukuman mati dengan kaedah suntikan maut berulang kali digesa oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam usaha bagi kesalahan berkaitan dadah.
Beliau dalam satu kenyataan ketika Perutusan Negara (SONA) kelima di Batasang Pambansa di Kongres Filipina semalam berkata; “Saya menegaskan keperluan menyegerakan pengenalan undang-undang hukuman mati menerusi suntikan maut bagi kesalahan berkaitan salah guna dadah.”
Duterte berulang kali menyatakan pendiriannya secara terbuka untuk mengembalikan hukuman mati, yang dihentikan di Filipina pada 2006, bagi kesalahan pengedaran dadah dan jenayah kejam lain kerana ia akan membuatkan penjenayah gerun.
Pada masa yang sama, usaha memperkenalkan semula hukuman mati itu telah menjadi antara agenda utama pentadbiran Duterte, yang turut menjadi sebahagian ucapan SONA beliau tahun lalu.