Ronaldo Tidak Lagi Berminat Bermain Untuk Juventus – Allegri

Ronaldo Tidak Lagi Berminat Bermain Untuk Juventus – Allegri

0
SHARE
Cristiano Ronaldo...(Sumber Foto: Sky Sports)

MILAN, ITALI – Khabar angin yang kini memuncak melibatkan nama besar dalam bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo yang didakwa akan berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) seolah-olah menjadi kenyataan.

Ini selepas Pengendali kelab gergasi Itali Juventus, Massimiliano Allegri yang dipetik AFP memaklumkan bahawa penyerang kebangsaan Portugal itu mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeinginan bermain buat Juventus.

Massimiliano Allegri bersama Cristiano Ronaldo…

“Semalam Ronaldo memberitahu saya dia tidak lagi berminat bermain buat Juventus, kerana sebab itu dia tidak akan dipilih untuk esok,” kata Allegri kepada wartawan menjelang pertembungan Serie A kelab itu menentang Empoli pada awal pagi Ahad ini.

Terdahulu Juara Liga Perdana, Manchester City dikaitkan dengan perpindahan Ronaldo selepas mereka gagal mendapatkan kapten England, Harry Kane.

Menurut sumber terkini, Manchester United turut dikaitkan dengan bekas pemain terbaik dunia itu apabila Jorge Mendes, agen kepada Cristiano Ronaldo mengesahkan penerimaan kontrak tawaran dari kelab The Red Devils itu untuk tujuan perpindahannya.