ENGLAND – Cristiano Ronaldo menjadi wira Manchester United selepas membenam Newcastle United 4-1 pada pusingan pertama Liga Perdana di Stadium Old Trafford sebentar tadi.
Selaku tuan rumah pada malam ini, Jurulatih United Ole Gunnar Solskjaer membuat keputusan untuk tidak membiarkan ‘ayam tambatan’ yang baru berpindah ke kelab itu di bangku simpanan semata-mata.
Ronaldo, 36, menjadi pemain kesebelasan utama yang dimasukkan pada awal perlawanan bermula yang mana mendapat sorakan yang gemuruh daripada penyokong di stadium keramat Old Trafford.
Para penyokong yang gembira melihat Ronaldo kembali beraksi di Old Trafford menjadi teruja dan melaungkan teriakan yang puas hati apabila Ronaldo berjaya menggegarkan gawang gol pelawat pada akhir minit babak yang pertama (minit ke-47) yang mana menjadikan gol pertama Ronaldo selepas 12 tahun meninggalkan kelab itu.

Sorakan di Old Trafford kembali bergema selepas Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol keduanya (minit ke-62) menerusi rembatan kencang kaki kiri sekali gus memadam gol penyamaan pelawat yang disumbangkan Javier Manquillo sebelum itu.

Lebih manis lagi, kemenangan kelab ‘The Red Devils’ turut ditambah dengan jaringan rakan senegara di Portugal, Bruno Fernandes yang melebarkan jurang dengan rembatan jarak jauh pada minit ke-80 sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan bergaya United dengan gol keempat pada masa kecederaan babak masa kedua.


Untuk rekod, Cristiano Ronaldo yang kembali ke Manchester United selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford.
Ronaldo menyertai Manchester United dari Sporting Lisbon sebagai pemain remaja yang tidak dikenali pada 2003, dan meluangkan kariernya selama enam musim di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sepanjang tempoh itu, Ronaldo memenangi TIGA (3) kejuaraan Premier League, satu kejuaraan Piala FA, dan satu kejuaraan Champions Legaue. Beliau turut memenangi anugerah Ballon d’or pertamanya bersama Manchester United.