NABAWAN, SABAH – Tujuh buah rumah termasuk sebuah rumah panjang di Kampung Salong sini rentung dalam kebakaran semalam.
Insiden 6.50 petang itu berlaku kira-kira 90 kilometer daripada balai terdekat, iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Sook.
Jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata Pasukan Bomba terpaksa menaiki bot untuk sampai ke lokasi selain menghadapi masalah tiada liputan telefon.
“Insiden melibatkan dua (2) buah rumah berukuran 20×20 setiap satu, empat (4) buah rumah lagi berukuran 20×30 setiap satu dan sebuah rumah panjang berukuran 87×47…
“Setelah membuat pengesahan kebakaran dan memastikan tiada bahaya lain terlibat, operasi ditamatkan pada jam 10.04 malam,” katanya dalam sebuah kenyataan.





