SHENZHEN – Mahkamah China menjatuhkan hukuman mati ke atas lima pemimpin keluarga mafia Bai, sebahagian daripada 21 ahli dan sekutu yang disabitkan atas kes penipuan, pembunuhan, kecederaan dan jenayah lain dalam rangkaian penipuan siber besar-besaran di Asia Tenggara.
Keluarga Bai, yang menguasai bandar Laukkaing sejak 2000-an dan membuka kasino serta kawasan pelacurab, beralih kepada operasi penipuan bermodal tinggi yang menjerut ribuan pekerja yang diperdaya dan didera.
Ramai daripada mangsa merupakan warganegara China bagu menjalankan skim penipuan bernilai lebih 29 bilion yuan (RM 17 billion).
Aktiviti itu juga mengakibatkan kematian enam warganegara China dan satu kes bunuh diri.
Antara yang dihukum mati ialah ketua mafia Bai Suocheng dan anaknya Bai Yingcang, manakala dua lagi ahli keluarga menerima hukuman mati ditangguhkan.
Lima individu diberi hukuman penjara seumur hidup dan yang lain dipenjara antara tiga hingga 20 tahun.
Mahkamah turut mendapati keluarga itu menubuhkan puluhan kem untuk operasi penipuan dan mengawal milisi sendiri.
Dalam dokumentari yang disiarkan media negara, bekas mangsa menceritakan penyeksaan kejam termasuk kuku ditanggalkan dengan tang dan jari dipotong menggunakan pisau.
Bai Yingcang turut didapati bersubahat dalam pemerdagangan manusia dan penghasilan 11 tan methamphetamine.
Hukuman keras ini adalah sebahagian daripada kempen Beijing untuk memusnahkan rangkaian penipuan di Asia Tenggara dan memberi amaran tegas kepada sindiket lain.
Pada September lalu, 11 ahli keluarga Ming, satu lagi klan terkenal Laukkaing, turut dihukum mati.
Kejatuhan keluarga-keluarga ini bermula apabila perubahan politik pada 2023 memaksa pihak berkuasa menjalankan tindakan tegas. Beberapa ketua telah diekstradisi kepada China dan ditangkap sejak 2023–2024.






