Rumah SMJ Beri Sinar Kepada Warga Emas di Kg Jagung, Merotai

Rumah SMJ Beri Sinar Kepada Warga Emas di Kg Jagung, Merotai

0
SHARE

MEROTAI: Seorang warga emas, Bintang Abdul Rauf, 61, dari Kampung Jagung, Merotai, menerima sinar baharu apabila menerima kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di bawah inisiatif kerajaan negeri.

Penyerahan rumah tersebut disempurnakan oleh Tan Sri Liew Yun Fah, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), yang juga memohon secara langsung kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat sejurus selepas menerima laporan mengenai keadaan rumah asal penerima yang uzur, bocor dan lantainya reput.

Menurut Liew, Bintang merupakan salah seorang daripada lima penerima rumah SMJ di Merotai, menjadikan keseluruhan 10 rumah SMJ telah diserahkan di kawasan Tawau dan Kalabakan termasuk kepada warga emas, ibu tunggal dan mangsa kebakaran.

Beliau menegaskan, inisiatif ini membuktikan keprihatinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membantu golongan memerlukan dan akan diperluas lagi sekiranya GRS terus diberi mandat oleh rakyat.

“GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam memacu Sabah ke arah maju dan jaya,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.