Sabah Catat 1,273 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat 1,273 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan sebanyak 356 kes berbanding kelmarin dicatat negeri Sabah pada hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu jumlah kes yang direkodkan ialah 1,273 Kes.

Katanya sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan (kes) dan 13 daerah lagi mencatatkan peningkatan.

“Kota Kinabalu merekodkan peningkatan sebanyak cuma 50 kes. Kawasan perbandaran lain juga merekodkan penurunan kecuali Lahad Datu, Penampang, Senporna dan Papar,” katanya.

Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Beluran (+54) kes, Lahad Datu (+25) kes, Telupid (+11) kes dan Beaufort (+10) kes.

Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Ranau (-157) kes, Kinabatangan (-154) kes, Pitas (-40) kes, Sandakan (-36) kes, Tuaran (-27) kes, Keningau (-21) kes, Putatan (-21) kes, Sipitang (-19) kes, Kota Belud (-17) kes, Kota Marudu (-16) kes dan Tawau (-12) kes. Terdapat 10 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.

Sebanyak 570 kes yang dicatatkan hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi (5) hari.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 784 kes atau 61 peratus…

“Kebanyakkan pesakit berada dalam Kategori 2 iaitu 948 kes ataupun 74 peratus, manakala enam (6) kes berada dalam Kategori 5,” jelasnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 203 (153)
Lahad Datu – 118 (93)
Kota Marudu – 98 (114)
Sandakan – 85 (121)
Keningau – 81 (102)
Penampang – 66 (62)
Beluran – 65 (11)
Tuaran – 60 (87)
Papar – 47 (42)
Kota Belud – 47 (64)
Tawau – 43 (55)
Kudat – 40 (43)
Pitas – 39 (79)
Ranau – 36 (193)
Tongod – 33 (26)
Tenom – 31 (26)
Putatan – 31 (52)
Telupid – 30 (19)
Nabawan – 26 (33)
Beaufort – 19 (9)
Kunak – 18 (17)
Tambunan – 14 (18)
Kinabatangan – 13 (167)
Sipitang – 10 (29)
Kalabakan – 10 (8)
Semporna – 9 (6)
Kuala Penyu – 1 (0)