KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 menurun 121 (kes) kepada catatan 872 KES hari ini berbanding 993 kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes keputusan saringan yang tertunggak juga berkurangan secara signifikan.
“Hari ini cuma dua (2) kes yg merupakan kes lewat daftar melebihi 5 hari, 30 kes lewat antara 4 hingga 5 hari dan 343 kes atau 39 peratus lewat daftar antara 2-3 hari selepas saringan keputusan diketahui,” kat Masidi.
Katanya lagi, pesakit dalam Kategori 3, 4 dan 5 yang memerlukan rawatan di hospital juga semakin berkurangan.
“Hari ini pesakit yang berada dalam Kategori 3, seramai lima (5) orang, Kategori 4, empat (4) orang dan Kategori 5, juga empat (4) orang…
“Pesakit Kategori 1 pula, 165 orang dan Kategori 2, 642 orang sementara 52 kes lagi masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
Menurut beliau trend tersebut sejajar dengan pertambahan peratusan penduduk yg telah lengkap divaksin.
Berhubung perlaksanaan sistem rentas daerah dalam Zon yang bermula hari ini, Masidi berkata kelonggaran itu dibuat untuk membantu menyemarakkan semula kegiatan ekonomi rakyat yang terjejas.
“Kita belum memenangi peperangan melawan virus COVID-19. Adalah diharapkan kelonggaran bergerak ini akan dilihat oleh penduduk sebagai meletakkan tanggungjawab keatas bahu mereka untuk memastikan pematuhan secara total kepada semua prosedur operasi standard (SOP) dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)…
“Vaksin tidak melindungi kita 100% daripada jangkitan virus. Yang melengkapkan perlindungan ialah sikap kita sendiri untuk sentiasa melindungi diri kita dan keluarga kita daripada terdedah kepada jangkitan,” tegas beliau.
Katanya lagi, dari masa ke semasa, Kerajaan negeri akan mengkaji dan menilai semula prestasi imunisasi di daerah yang belum mencapai 60 peratus jumlah penduduk yang telah lengkap divaksin.
Hanya daerah yang berjaya mencapai sasaran tersebut dengan sendirinya melayakkan penduduk bergerak dalam kawasan zon yang ditetapkan.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 107 (116)
Lahad Datu – 83 (92)
Keningau – 62 (61)
Sandakan – 54 (69)
Penampang – 47 (22)
Tenom – 45 (55)
Kota Marudu – 43 (66)
Kota Belud – 43 (54)
Ranau – 42 (60)
Tawau – 40 (50)
Papar – 34 (30)
Tuaran – 33 (55)
Pitas – 31 (28)
Kudat – 29 (25)
Tongod – 24 (38)
Sipitang – 21 (19)
Beluran – 19 (23)
Nabawan – 19 (19)
Beaufort – 18 (27)
Kinabatangan – 17 (19)
Putatan – 17 (14)
Telupid – 14 (6)
Semporna – 11 (10)
Tambunan – 7 (18)
Kalabakan – 5 (5)
Kuala Penyu – 4 (4)
Kunak – 3 (8)