Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19, Namun Biasanya Bersifat Sementara – Masidi

Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19, Namun Biasanya Bersifat Sementara – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah menyaksikan penurunan besar kes COVID-19 iaitu sebanyak 203 kes yang membawa kepada keseluruhan 447KES baharu hari ini.

Walau bagaimanapun, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan yang sebegini biasanya bersifat sementara dan akan turun-naik dari masa ke semasa.

“Kecuali daerah Kota Kinabalu, semua daerah lain di Sabah mencatatkan angka di bawah paras 50 kes…

“Kota Kinabalu mencatat 84 kes, peningkatan 37 kes berbanding jumlah kes yang direkodkan kelmarin,” katanya.

Menurut beliau, kebanyakan daerah mencatatkan penurunan kes baharu, antaranya Kota Belud (-36), Tuaran (-38), Beaufort (-36), Papar (-17), Kinabatangan (-48), Penampang (-10) dan Sandakan (-16).

Hanya daerah Semporna mencatat sifar (0) kes pada hari ini.

Sebanyak 236 kes atau 52 peratus (52.8%) merupakan kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu setelah keputusan saringan diketahui.

Selebihnya adalah kes yang didaftar lewat dua (2) hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

Kata Masidi, sebanyak 78 daripada 84 kes yang dicatat di Kota Kinabalu adalah kes daftar lewat.

Jumlah pesakit kronik dalam Kategori 3, 4 dan 5 kekal rendah dengan dua (2) orang dalam Kategori 3, tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan dua (2) orang dalam Kategori 5.

“Sebanyak 98 peratus (98%) daripada semua kes yang dilaporkan hari ini adalah pesakit dalam Kategori 1 (51 kes) dan 2 (383 kes) manakala sebanyak enam (6) kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan,” jelas Masidi.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (31 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 84 (47)
Kota Belud – 41 (77)
Ranau – 34 (48)
Kota Marudu – 33 (46)
Tuaran – 30 (68)
Keningau – 19 (17)
Beaufort – 19 (55)
Tambunan – 18 (10)
Papar – 18 (35)
Beluran – 17 (5)
Lahad Datu – 17 (12)
Kudat – 16 (7)
Penampang – 15 (25)
Tenom – 15 (17)
Tawau – 15 (31)
Putatan – 14 (17)
Pitas – 9 (20)
Sandakan – 7 (23)
Kuala Penyu – 6 (2)
Telupid – 6 (10)
Kinabatangan – 6 (54)
Kunak – 2 (6)
Nabawan – 2 (4)
Sipitang – 2 (6)
Tongod – 1 (5)
Kalabakan – 1 (0)
Semporna – 0 (3)