SABAH HARAP JALIN HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN SULAWESI BARAT

SABAH HARAP JALIN HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN SULAWESI BARAT

0
SHARE
Hajiji
Hajiji sedang mengadakan perbincangan bersama Zudan Arif Farullah di Sri Gaya hari ini ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah berharap dapat menjalin hubungan perdagangan dengan Barat Sulawesi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri terbuka dengan cadangan yang dikemukakan oleh Sulawesi Barat Gabenor Zudan Arif Farulloh khususnya dalam perdagangan komoditi langsung.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan Zudan dan rombongan dari Sulawesi Barat, Indonesia di Sri Gaya di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Utusan Khas BIMP-EAGA Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Konsul Jeneral Indonesia Rafail Walangitan dan Bupati Polewali Mandar, Andi Ibrahim Masdar.