Sabah Melihat Trend Penurunan Angka Kes COVID-19 Dengan Catat 1,844 Kes Hari...

Sabah Melihat Trend Penurunan Angka Kes COVID-19 Dengan Catat 1,844 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah melihat trend penurunan kes COVID-19 bagi hari ketiga dengan angka di bawah paras (2,000) kes hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata terdapat pengurangan 292 kes daripada 2,136 kes dilporkan pada Ahad kepada 1,844 KES hari ini (6 Sept).

“Kecuali Penampang, pusat-pusat bandar lain seperti Sandakan, Tawau dan Lahad Datu mencatatkan penurunan…

“Daerah Tuaran, Penampang, Putatan, Tambunan, Nabawan dan Telupid mencatatkan kenaikan kes pada hari ini,” katanya.
Daerah dengan kes yang tertinggi iaitu pusat bandar Kota Kinabalu turun 14 kes berbanding kelmarin.

Sejumlah 992 kes hari ini merupakan kes lewat daftar antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.

“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,104 kes atau 59.90 peratus daripada kes hari ini…

“Di Kota Kinabalu 34.69 peratus daripada kes hari ini berpunca daripada saringan bergejala, Sandakan 36.75 peratus, Tawau 37.39 peratus dan Penampang 31.03 peratus,” katanya.

Datuk Masidi Manjun…

Dalam pada itu Masidi berkata Kategori pesakit 3, 4 dan 5 masih dalam paras yang dianggap tinggi.

“Hari ini 12 orang berada Kategori 3 dan Kategori 4 manakala 10 orang berada dalam Kategori 5,” jelasnya.

Sebanyak 146 kes hari ini adalah daripada warga asing.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sabah, seramai 45.49 peratus penduduk dewasa negeri Sabah telah memperolehi vaksin lengkap dan 63.98 peratus memperolehi satu dos.

“Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada YB Khairy Jamaluddin diatas tindakan proaktif beliau untuk memastikan bekalan vaksin kepada Sabah adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan vaksin kita,” katanya.

Menteri Kesihatan negara itu telah memperuntukkan 2.89 juta dos vaksin bagi bulan September.

“Bagi tujuan merancang dan melaksanakan pemberian vaksin dalam kadar yang lebih cepat dan efisien, Shahelmy Yahya, Exco Kesihatan Sabah, dilantik sebagai Pengarah Operasi Program Imunisasi Negeri.

“Tugas beliau ialah membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merancang dan melaksanakan program-program imunisasi di negeri Sabah untuk memastikan kita mencapai sasaran peratusan penduduk yang lengkap divaksin pada tarikh yg telah ditetapkan.

“Shahelmy juga akan mengawasi dan melakukan penyelarasan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia kemudahan dan keperluan mendadak hospital di Sabah yang diperlukan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Dua kluster baharu jenis tempat kerja turut dikesan pada hari ini iaitu Kluster Sawit Simpang Batu 38 di Nabawan dengan 87 kes dan Kluster Bawah Bayu di Tuaran dengan 63 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 17,352 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (6 September) menunjukkan Sabah menjadi negeri KEEMPAT TERTINGGI di Malaysia selepas Sarawak yang mencatatkan 3,714 kes baharu positif COVID-19, Selangor (2,126 Kes) dan Johor (2,101 Kes).

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SARAWAK mencatat kes tertinggi hari ini (06 September 2021) sebanyak 3,714 KES daripada keseluruhan 17,352 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 343 (357)
Sandakan – 234 (332)
Tuaran – 234 (102)
Tawau – 115 (157)
Penampang – 116 (92)
Papar – 88 (211)
Keningau – 69 (88)
Kinabatangan – 15 (41)
Kota Belud – 56 (67)
Putatan – 45 (40)
Kota Marudu – 94 (108)
Lahad Datu – 70 (116)
Tenom – 29 (43)
Ranau – 41 (60)
Pitas – 12 (17)
Kudat – 35 (87)
Telupid – 67 (21)
Kunak – 16 (17)
Nabawan – 36 (30)
Tambunan – 22 (11)
Kalabakan – 8 (24)
Beluran – 32 (35)
Beaufort – 16 (19)
Tongod – 16 (23)
Sipitang – 16 (17)
Semporna – 10 (9)
Kuala Penyu – 9 (12)