KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Shafie Apdal jangan cuba berlagak seperti seorang “PONDAN” dengan menuduh Tan Sri Musa Aman berikan tanah kepada keluarganya.
Menurut Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA), adakah ADIL bagi Tan Sri Musa untuk diserang sebegini rupa dan dalam masa yang sama Musa tidak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebelum ini dalam satu majlis bersama rakyat di Daerah Kunak telah mendedahkan dua (2) kontrak tanah milik Yayasan Sabah yang diberikan selama 100 tahun kepada ahli keluarga Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Anifah Aman pada tahun 2015 dan 2018.
Tanah tersebut yang berkeluasan 11,000 hektar dan 50,000 hektar terletak di Hutan Simpan Kalabakan yang diberikan kepada Jawala Plantation Sdn. Bhd. (Jawala Plantation) dan Rentak Hasil Sdn. Bhd. (Rentak Hasil).
Walaupun Shafie terlalu terdesak untuk meraih sokongan pengundi, tetapi menyerang seseorang yang tidak terlibat dengan pilihan raya adalah tindakan seorang ‘PENGECUT’.
“Adakah wajar bagi bagi Shafie menyerang individu yang tangan dan kakinya telah diikat, beginilah perumpamaan Shafie menyerang Tan Sri Musa Aman.”
“Dalam masa 26 bulan Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah, isu ini sepatutnya telah dilaporkan kepada SPRM atau pihak Polis, sebaliknya hanya mendedahkannya kepada umum semasa PRN sedang rancak berjalan umum semata-mata untuk menarik pengundi.
GASA berkata lagi, “kami cukup yakin Shafie tidak mempunyai BUKTI untuk mengaitkan Musa dengan salah guna kuasa tersebut, sebaliknya taktik FITNAH telah digunakan untuk menutup KELEMAHAN Shafie selepas ekonomi Sabah menjunam teruk, pengangguran semakin meningkat, bantuan COVID-19 untuk rakyat Sabah GAGAL disalurkan kepada rakyat.”
“Rakyat Sabah cuba diperbodohkan sekali lagi oleh Shafie, justeru dengan menyebarkan fitnah sebegini mungkin shafie berfikir rakyat akan lupa apa yang dia telah lakukan kepada negeri Sabah sepanjang 26 bulan menjadi Ketua Menteri.”

Untuk rekod, sebagai membalas FITNAH yang dilemparkan oleh Shafie Apdal berhubung tanah tersebut, Tan Sri Musa akan memfailkan SAMAN ke atas Shafie dalam masa terdekat.
Musa juga telah memfailkan SAMAN FITNAH berjumlah satu billion ringgit ke atas Shafie Apdal selepas menuduh Tan Sri Musa Aman telah menggunakan Wang Yayasan Sabah.
Pemerhati politik tempatan turut berpandangan ‘tsunami rakyat’ menolak Shafie Apdal dan Warisan serta parti gabungannya jelas kelihatan khususnya bagi kawasan pedalaman atas, pedalaman bawah sehingga ke pantai barat Kota Kinabalu.
Pencapaian luar biasa Tan Sri Musa Aman membangunkan negeri Sabah juga jelas telah ‘memeningkan kepala‘ Shafie ketika ini dan rakyat juga dilihat sedang membuat perbandingan keupayaan kedua-dua pemimpin ini.
“Bukti paling mudah pencapaian hebat Tan Sri Musa yang tular baru-baru ini adalah kadar KDNK negeri Sabah berjumlah 8.2 peratus (8.2%), sebaliknya selepas dua (2) tahun Shafie mengambil alih negeri Sabah, kadar KDNK telah jatuh menjunam ke paras 0.5 peratus (0.5%).”

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi di antara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…
Musa turut digelar oleh sesetengah pihak sebagai “LEGEND” dan ‘Bapa Pembangunan Negeri Sabah’ kerana kehebatan Tan Sri Musa menbangunkan negeri Sabah.

“Pencapaian Musa yang tidak boleh disangkal apabila telah berjaya mengumpulkan wang rezab negeri Sabah sehingga 3.2 billion dalam tempoh kurang 10 tahun mengetuai pentadbiran negeri Sabah”.
Menurut sumber, semasa Musa mengambil alih jawatan Ketua Menteri dari tangan Tan Sri Chong Kah Kiat, rezab kewangan negeri hanya berjumlah 180 juta ringgit sahaja. Kejayaan Musa mengumpulkan rezab negeri Sabah sehingga 3.2 billion jelas menunjukkan pengurusan kewangan ketika itu sangat baikm ini dibuktikan melalui Jabatan Audit Negara yang telah memuji pentadbiran negeri Sabah dibawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman.

“Walaupun agak kurang adil membandingkan pencapaian kedua-dua pemimpin kerana perbezaan masa perkhidmatan sebagai Ketua Menteri Sabah, namun bukti kadar KDNK jatuh menjunam jelas menunjukkan Shafie sebenarnya GAGAL menyaingi Musa Aman,” tambah mereka lagi.