SABAH MEMILIH: DIA SELALU KASI MINUM ARAK PEMUDA DI SINI, DENDAM PENGUNDI...

SABAH MEMILIH: DIA SELALU KASI MINUM ARAK PEMUDA DI SINI, DENDAM PENGUNDI MELALAP TERHADAP PETER ANTHONY

0
SHARE

TENOM, SABAH – “Dia (Peter Anthony) selalu kasi mabuk anak-anak muda di Melalap.”

“Peter sepatutnya membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka (anak muda) atau sekurang-kurangnya pendidikan berupa kemahiran untuk masa depan anak muda di Melalap dan bukannya memberikan mereka dengan hidangan alkohol yang jelas bakal merosakkan masa depan anak-anak muda di Melalap,” demikian luahan hati hampir sebahagian besar pengundi di Melalap yang ditemui oleh wartawan Sabahnews.com.my kelmarin (Khamis).

Berikut merupakan rakaman suara temu bual wartawan Sabahnews.com.my dengan salah seorang pengundi di DUN Melalap yang jelas mengatakan “DIA (PETER) SELALU KASI MINUM ARAK PEMUDA DI SINI” susulan tindakan teruk Peter yang sering memberikan minuman arak kepada anak-anak muda di kawasan itu.

Rombongan wartawan Sabahnews.com.my ke daerah Tenom itu juga turut disertai bersama Penganalisis Politik Bebas.

Menurut penganalisis politik bebas ketika diminta mengulas hasil temu bual tersebut berkata, “pendedahan oleh sebahagian besar pengundi dewasa di beberapa lokasi N.42 Melalap ini benar-benar amat mengejutkan.”

“Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya himpunan anak muda di salah satu PDM (Pusat Daerah Mengundi) Melalap sedang minum arak dan keresahan rakyat Melalap mengenai hal ini sudah tentu mempunyai asas.”

Crate (karton) atau (krek) adalah istilah cukup popular yang sering digunakan oleh penduduk Melalap yang merujuk kepada pemberian arak oleh Peter kepada anak-anak muda di sini.

Menurut penganalisis politik itu lagi, sepanjang 26 bulan Peter menjadi ADUN di Melalap faktanya adalah tidak ada satu pun projek pembangunan untuk rakyat yang berjaya dibangunkan, malahan tanah yang telah diberikan oleh estet berkeluasan ratusan ekar bagi tujuan pembangunan pekan kecil Melalap juga belum ada menampakkan hasil.

“Sebaliknya tanah tersebut hanya berulang kali diradu (diratakan), dan apabila lalang mula tumbuh, diradu lagi semula berulang-ulang kali.”

“Yang lebih peliknya Peter adalah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang diberikan kuasa untuk membangunkan negeri Sabah, malangnya melihat keadaan Melalap ketika ini amat-amat menyedihkan.”

Berbeza pula dengan lawan Peter iaitu calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar, sepanjang 26 bulan sebelum ini menjadi ADUN, terlalu banyak pembangunan berupa modal insan telah berjaya dilaksankan di kawasan DUN Kemabong.

Jamawi Jaafar atau lebih dikenali sebagai JJ oleh warga Tenom…

“Jamawi telah berjaya mewujudkan pusat tarikan pelancong Rundum Highland, pusat pengumpulan hasil pertanian (sedang dibina), menghantar hampir seribu pelajar ke pusat kemahiran dan banyak bagi berbanding Peter.”

Foto sebahagian daripada tarikan panorama di Pusat Pelancongan Rundum Highland Kemabong, Tenom…

“Jelaslah rakyat Melalap mempunyai asas untuk menyingkirkan Peter dan terdapat sebahagiannya pula menyindir Peter dengan cadangannya ingin membuat projek kereta api daripada Kudat ke Kota Kinabalu,” sebaliknya kawasan sendiri (Melalap) telah dia GAGAL untuk bangunkan.