KOTA KINABALU, SABAH – Sabah akan mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan perairan khususnya kawasan perairan ESSZONE, demikian menurut Ketua Menteri Sabah dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri hari ini, Rabu.
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang telah mempengerusikan mesyuarat itu berkata, selain daripada memelihara kedaulatan negara, usaha ini penting untuk mengekang penularan COVID-19 melalui kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
“Sepanjang April 2020 hingga 14 Jun 2021, pemeriksaan ke atas 20,647 bot telah dijalankan. Dari jumlah ini, 133 tangkapan melibatkan PATI dan 49 bot telah dibuat,” jelas beliau.
Hajiji juga menghargai inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melaksanakan Program Jiwa Murni bagi membantu proses vaksinasi rakyat di Sabah.