Hanya Menerima Suntikan Vaksin COVID-19, Wanita Dipecat Daripada Sebuah Gereja

Hanya Menerima Suntikan Vaksin COVID-19, Wanita Dipecat Daripada Sebuah Gereja

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

CANBERRA, AUSTRALIA – Hanya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, seorang wanita yang bekerja di sebuah gereja di Australia telah dipecat serta-merta selepas beberapa petugas lain gereja mendapat tahu bahawa wanita itu menerima suntikan vaksin.

Memetik laporan Daily Star, pihak gereja berkenaan memecat Lainie Chait kerana didakwa dia telah ‘melawan kehendak Tuhan’.

Ekoran perkara itu, Chait yang dibuang kerja pada Oktober lalu telah bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gereja Ubuntu.

Berdasarkan sepucuk surat yang diperoleh daripada news.com.au, pihak gereja mendakwa bahawa keputusan wanita itu untuk mendapatkan suntikan adalah ‘berlawanan dengan apa yang diminta oleh Tuhan’.

Surat tersebut turut menyelar tindakan kerajaan New South Wales kerana melaksanakan dasar ‘apartheid perubatan’ dan ‘reaksi yang sangat tidak seimbang’.

“Tiada ahli jawatankuasa atau ahli penuh akan diterima jika mereka memilih untuk menerima vaksinasi COVID-19,” menurut kandungan surat tersebut.

Sementara itu, Chait berkata, dia menyokong hak kebebasan memilih bagi keputusan untuk penjagaan kesihatan.

“Selama lebih 25 tahun saya memberitahu bahawa saya enggan mengikut kaedah Barat, namun bagi situasi seperti ini (Covid-19), saya tetap melakukannya…

“Gereja tersebut turut bersikap pilih bulu dengan memberikan suntikan kepada pelanggan di pusat kesihatan mereka, namun enggan memberi vaksinasi kepada pekerjanya,” kata Chait.