Sabah Raih Hasil Lebih RM100 Juta Dari Jualan Minyak Mentah PSC Samarang...

Sabah Raih Hasil Lebih RM100 Juta Dari Jualan Minyak Mentah PSC Samarang Terkini

0
SHARE
Samarang
PSC Samarang

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah telah menjual kargo minyak mentah keenamnya dari Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT) dengan anggaran hasil jualan melebihi RM100 juta.

Kargo minyak mentah kira-kira 300,000 tong mewakili kelayakan SMJ Energy (SMJE) daripada 50 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC Samarang yang dibeli pada Mei 2023.

Sehingga kini, Sabah telah menjual kargo minyak mentah keenam, menjana hampir RM800 juta dalam kumulatif hasil jualan.

Menurut kenyataan dikeluarkan SMJ Energy, urus niaga ini dijangka memberikan hasil yang mampan dalam tempoh 12 tahun akan datang tahun dengan pengukuhkan ekonomi negeri ketara.

“Negeri ini terus mendapat manfaat daripada kemasukannya ke dalam sektor minyak dan gas di melalui pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS bertarikh 7 Disember 2021.

“CCA memberikan negeri perkongsian hasil, suara dan penyertaan yang lebih besar dalam rantaian nilai minyak dan gas di Sabah,” katanya.