KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian di Sabah turun sebanyak 19 kes daripada 154 kes kelmarin kepada 135 kes hari ini.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan tidak banyak perubahan kecuali skala perubahan jangkitan yang turun-naik.
“Kota Kinabalu mencatatkan 56 kes (-16), Kudat 0 kes (-11) dan Beaufort 0 kes (-5). Putatan pula mencatat 9 kes (+9) dan Penampang 37 kes (+8)…
“Tujuh (7) daerah merekodkan jumlah jangkitan harian yang berkurangan sementara lima (5) daerah mencatatkan jumlah yang lebih tinggi daripada kelmarin.
“Lima-belas (15) daerah bebas daripada sebarang jangkitan sepanjang tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam rumusan harian kes.
Hanya satu (1) kes direkodkan berada dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 56 (72)
Penampang 37 (29)
Sandakan 12 (12)
Putatan 9 (0)
Tuaran 7 (6)
Papar 3 (6)
Tawau 3 (4)
Kinabatangan 2 (0)
Ranau 2 (1)
Tenom 2 (2)
Keningau 1 (4)
Kota Marudu 1 (1)
Beaufort 0 (5)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (11)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (1)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)





