Sabah, USIM Kerjasama Taja Pelajar Pengajian Kitab Turath

Sabah, USIM Kerjasama Taja Pelajar Pengajian Kitab Turath

0
SHARE
Arifin
Arifin (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang panel Guru Kementerian Wakaf Iskandariah, Mesir Syeikh Dr Muhammad Yahya (tengah) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri bakal mengadakan kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi penajaan pelajar Sabah dalam pengajian kitab turath.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pengajian tersebut akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian secara eksklusif selama tiga tahun di universiti berkenaan.

“Program yang dinamakan sebagai Duta Turath Sabah@USIM ini ditawarkan kepada pelajar negeri Sabah yang menyambung pengajian di USIM.

“Saya melihat usaha ini sebagai satu inisiatif yang amat baik khususnya untuk kita semua mendapat manfaat daripada ilmu turath ini.

“Besar harapan saya agar pelajar yang berjaya melalui programini dapat menjadi ilmuan yang mampu memainkan peranan bagi pemerkasaan turath Islam di Sabah setelah menamatkan pengajian nanti,” katanya ketika merasmikan SimposiumAntarabangsa Turath Sabah, Malaysia 2024 di Magellan Sutera Harbour Resort di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif.

Dalam masa sama, beliau menyeru umat Islam di Sabah untuk memperkasakandiri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap yang merupakanantarapenzahiran akhlak yang baik.

“Ini bagi meningkatkan dan memperkasakan ilmu pengetahuan serta penghayatanIslam untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan inovasi.

“Saya berharap semoga semua yang menghadiri simposium ini akan mendapat ilmupengetahuan yang bukan saja untuk diri sendiri malah dikongsikan dengan umat Islam di negeri ini,” katanya.

Simposium ini antaranya bertujuan memartabatkan kitab-kitab turath Islamdanmenzahirkan sumbangannya agar sentiasa relevan kepada umat sehingga hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap program ini akan memberi manfaat dan ilmuyangberguna kepada umat Islam di negeri ini.

“Dalam masa sama, menerusi program ini juga akan dapat membincangkankerangkasebenar pembacaan kitab turath agar isi kandungan yang terdapat di dalamnya dapat dimanfaatkan.

“Sesungguhnya, mempelajari kitab Turath adalah penting dan perlu dijadikansebagai panduan bagi mendalami ilmu serta memahaminya, sekali gus disesuaikan dengan konteks dunia Islam semasa,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut Naib Canselor Usim Profesor Ts Dr. Sharifudin Mohd Shaarani, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Kasim Mansor, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Norjeli Dais, dan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Sapawi Ahmad. — JABATAN PENERANGAN SABAH