SABAR Anjur Persidangan Disember Ini

SABAR Anjur Persidangan Disember Ini

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar sambil memegang buku terbitan Johan Arriffin, merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Ahli lembaga SABAR ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Action Body Advocating Right (SABAR) bakal menganjurkan persidangan melibatkan para pemimpin belia, Disember ini.

Menurut Pengerusi Pemegang Amanah SABAR Datuk Dr Johan Arriffin Abdul Samad, persidangan, “The Sabah’s Present and Future Conference” akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kota Kinabalu itu bertujuan untuk memberi ruang kepada golongan belia untuk bertukar-tukar pandangan dan berharap resolusi untuk dipersembahkan kepada para pemimpin.

“Persidangan ini terbuka kepada golongan belia termasuk pemimpin belia, ketua persatuan-persatuan belia, pemimpin-pemimpin NGO dan kita juga menjemput pemimpin-pemimpin politik untuk menyertai persidangan.

“Dengan persidangan ini, kita dapat bertukar-tukar idea dan kita berharap selepas itu ada resolusi yang boleh kita persembahkan kepada ketua menteri dan para menteri supaya mereka dapat membuat tindakan susulan berdasarkan resolusi tersebut,” katanya.

Tambah Johan Arriffin, pihaknya turut mengadakan persidangan tertutup dengan penglibatan seramai 100 peserta berdasarkan jemputan di ibu negeri, November depan.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas mengetuai rombongan Ahli Lembaga SABAR dalam kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, semalam.

Ujarnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan perkembangan organisasi berkenaan, di samping aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama masyarakat di kawasan pedalaman sejak tahun lalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH