PUTATAN, SABAH – Pencak Silat Sukan Sabah Ke-10 (SAGA X) 2023 yang melabuhkan tirainya semalam, menyaksikan pasukan Tuaran meranapkan impian Keningau untuk mempertahankan kejuaraanya pada edisi lepas.
Tuaran mengutip empat pingat emas dan lima gangsa menerusi kedua-dua cabang pertandingan, silat tanding dan silat seni sekaligus meletakkan Keningau sebagai naib juara.
Keningau yang merangkul tiga emas, tujuh perak dan enam gangsa, sedikit ke depan berbanding Kota Marudu dengan tiga emas, dua perak dan dua gangsa di tempat ketiga, diikuti Tawau (3-0-2), Lahad Datu (2-2-5), Kota Kinabalu (2-0-3), Sandakan (2-0-1), Kunak (1-2-2), Beluran (1-1-2), Kinabatangan (1-1-2), Tambunan (1-0-1), Ranau (0-2-2), Membakut (0-1-4), Putatan (0-1-3), Beaufort (0-1-1), Nabawan (0-1-0), Semporna (0-1-0), Sipitang (0-1-0), Kalabakan (0-0-2), Penampang (0-0-1), Pitas (0-0-1), Telupid (0-0-1), Kota Belud, Kuala Penyu, Kudat dan Papar gagal memperoleh sebarang mata manakala, Tenom dan Tongod tidak menghantar penyertaan pada kali ini.
Pingat emas Tuaran diperoleh Muhammad Razfadhlur Rahman Razaineh menerusi Silat Tanding Putra Kelas B, Muhamad Razfirdaus Razainie (Kelas C), Mohamad Farmizan Henry (Kelas F) dan Silat Tanding Putri Kelas E iaitu Nora Syafika Yanie Ag Jaya.
Manakala, lima gangsa diraih oleh pemenang bersama gangsa Haizzam Irffan Al-Chadar melalui Silat Seni Solo Kreatif, Saharizam Mojintal, Mohamad Haiqal Sahri @ Shari (Ganda), pemenang bersama gangsa Iqbal Qayyum Basirun, Awang Daniel Syah Muidi, Muhammad Qatadah Mohd Bakri (Regu) dan pemenang bersama gangsa Puteri Liyana Suhaidy dalam Silat Seni Putri (Tunggal).
Tiga emas Keningau masing-masing disumbang oleh Mohd Khairul Iqwan Mohd Sarail dalam Silat Seni Putri (Solo Kreatif),
Bennylyne Nusip (Tunggal) dan Sherlenna Qbdullqh, Mankaseerah Manuil, Fiffy Ferlisa F Rien (Regu), manakala tujuh perak menerusi silat tanding putra, Mohd Khairul Iqhwan Mohd Sarail (Kelas H), Alwin Yessopu (Kelas I), silat seni putra, Tom Emmanuel Gonglez (Tunggal), Mohd Nazril Syfie Edi dan Mohd Aizam Syafiee Suhatman (Ganda), Khairul Amran, Mohd Nasri Mohd Milsa dan Mohammad Akmal Iz’aan (Regu), silat seni putri, Nutrisyah Bella Mohd Syah (Solo Kreatif) dan Brenda Hazel Polinus dan Sylvia Michael (Ganda).
Enam pingat gangsa Keningau pula disumbang oleh Mohamad Haikal Abdullah dalam silat tanding putra (Kelas A), pemenang bersama gangsa Johairie Ahmad Jahir (Kelas C), Ahmad Amiruddin Mohammad Faizal (Kelas E), pemenang bersama gangsa Muhammad Zaki Suhatman (Kelas F), Qhuzaury Farhansyam Jehan (Kelas J) dan silat tanding putri, Ivorennie Yvonne Jeffry (Kelas C).
Sementara itu, tiga pingat emas Kota Marudu disumbang oleh pesilat tanding putra Fawwaz Adi Putra Kamal (Kelas H), silat tanding putri Nur Ilyana Natasyah Abdullah (Kelas C) dan pesilat seni solo kreatif Clara Clarenda Marzuki, manakala dua perak disumbang melalui silat tanding putra Mohd Syahrizan Zain (Kelas C) dan silat tanding putri Nuraleeya Aisyah Fahtin Mursidi (Kelas A) serta pingat gangsa disumbang oleh kedua-dua pemenang bersama gangsa Muhammad Arif Amzi Amran (Kelas E) dan Ahmad Shahrul Shuaimi dan Aidil Danial dalam kategori Ganda.
Tawau yang sedikit ketinggalan dua perak dengan Kota Marudu, masih berjaya memungut tiga emas menerusi silat seni, Muhammad Aiman (Tunggal) dan Afiq Daniel dan Fazli serta dua gangsa menerusi silat tanding yang kedua-duanya pemenang bersama gangsa iaitu Mohammad Faramy Abdullah (Kelas B) dan Muhammad Haziq Abdullah (Kelas J).
Berbanding empat pasukan teratas, Lahad Datu hanya mampu mendapat dua emas menerusi silat tanding putra Muhammad Daniel Jamil (Kelas A) dan tanding putri Zanirah Baddu Shafar (Kelas B), dua perak oleh silat tanding Akmal Anni @ Nary (Kelas G) dan silat seni putri Roslyana Rustam, Zam Zarina Raday, Intanqu Syakila Sarmin (Regu) serta lima gangsa oleh pesilat tanding putra Muhammad Shah Rizal (Kelas C), Muhammad Najmi Syahmi Rachmad (Kelas D), pesilat tanding putri Syahzanie Aqilah Sumail (Kelas A), pesilat seni putri Calvina Izzumi Damansa (Tunggal) dan pemenang bersama gangsa Zunidah Zulkarim dan Nurul ‘Ain Mohd Shahran (Ganda).
Pasukan Kota Kinabalu juga meraih dua emas menerusi silat tanding Mohd Rusdie Darno (Kelas E) dan Mohammad Rhahman (Kelas I) serta dua lagi pingat gangsa yang disumbang dalam silat tanding putri Nur Amirah Syakirah Ibrahim (Kelas E) sebagai pemenang bersama gangsa, silat seni putra Fadli Hidayat Harun (Tunggal) dan silat seni putri Nurul Atiqah Rabiatullah Sahrul dan Nurul Shazzarima Shafierah Aman (Ganda).
Turut memperoleh dua emas ialah pasukan Sandakan melalui silat tanding putra Abu Abqari Aziz Abu Bakar (Kelas G) dan Muhammad Hassan Mahmood (Kelas J) sementara, pingat gangsa disumbang oleh Daniel Declan Lazarus (Kelas F) dalam kategori sama.
Pasukan Kunak memperoleh satu-satunya emas yang disumbang oleh pesilat tanding putri Safia Umairah Hussin (Kelas A) di samping dua perak dalam silat tanding putra Mohammad Taufik Ismail (Kelas B) dan silat tanding putri Rosalina (Kelas D) manakala dua gangsa daripada silat tanding putra Masyhadi Muzaffhar Syafiy Samsualam (Kelas H) dan silat seni Nor Mohazarina Mohammad (Solo Kreatif).
Pasukan Beluran juga memungut satu pingat emas daripada silat tanding putra Mohamad norshafiq Abdul Kadir (Kelas D), pingat perak oleh Aizielfazril Azizul (Kelas E) dan gangsa daripada kedua-dua pemenang bersama gangsa Mohammad Al-Rafiq Asmat (Kelas H) dan Zawawie Abdul Rahim (Kelas I).
Berkongsi jumlah pingat sama dengan Beluran ialah Kinabatangan yang mengutip pingat emas disumbangkan Qhaireen Aniq Adzalan, Mohamad Haikal AmirHassan dan Muhammad Aidil Azri menerusi silat seni kategori regu, perak oleh Qhaireen Aniq (Solo Kreatif) serta gangsa oleh Nordila Kining (Kelas E) dan pemenang bersama gangsa Siti Nur Qurratu’Aini Kasrun (Kelas D).
Emas tunggal Tambunan pula disumbang oleh pesilat tanding Abbydatul Nurshahida Abdullah (Kelas D) dan gangsa oleh Dayang Norshamini Paul (Kelas C) sebagai pemenang bersama gangsa.
Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Dipertua PSS Pesaka Datuk Iliyas Ibrahim di Dewan Sri Putatan pada Khamis malam. — JABATAN PENERANGAN SABAH





