4 Lelaki Didakwa Kerana Seludup 125 Burung Eksotik Guna Batang Paip

4 Lelaki Didakwa Kerana Seludup 125 Burung Eksotik Guna Batang Paip

0
SHARE

JAKARTA – Empat lelaki didakwa di sebuah mahkamah di sini, kerana cuba menyeludup keluar 125 burung eksotik yang dikurung di dalam batang paip.

AFP melaporkan bahawa polis berkata, semua suspek ditangkap di empat lokasi berasingan di timur Indonesia dan dipercayai anggota sindiket perdagangan hidupan liar.

Ketika serbuan polis menemui 41 burung kakak tua putih dan 84 burung nuri daripada spesies terancam dikurung dalam paip plastik yang hujungnya ditutup wayar.

Serbuan itu sebahagian kempen pihak berkuasa Indonesia untuk mengekang aktiviti perdagangan hidupan liar yang lumayan.

Semua suspek berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda Rp100 juta (RM30,763) sekiranya didapati bersalah.

Menurut agensi pemantau perdagangan haiwan liar, TRAFFIC, hutan tebal di Indonesia menempatkan 131 spesies burung terancam di dunia.

Bagaimanapun, Indonesia juga mempunyai perdagangan burung secara haram berskala besar di mana haiwan itu dijual di pasar burung atau di seludup keluar negara.