SANGAR RASAM KETUA PKR SABAH BAHARU

SANGAR RASAM KETUA PKR SABAH BAHARU

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua PKR cabang Keningau, Dr Sangkar Rasam, dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri (MPN) untuk Sabah.

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan itu hari ini ketika mengadakan mesyuarat dengan semua ketua cabang parti negeri Sabah…

Anwar berkata keputusan itu diambil selepas kesemua Ketua Cabang di Sabah sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Sangkar sebagai Pengerusi MPN Sabah bagi penggal 2022-2025.

“Sangkar akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew.

“Semoga gandingan mantap ini dapat memastikan PKR Sabah lebih utuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sangkar turut merupakan Pengerusi Otai Reformis Sabah iaitu sebuah NGO pro-PKR.