KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 baharu bertambah 98 kes daripada jumlah 1,654 kelmarin kepada 1,752 KES hari ini.
Daerah Kota Kinabalu merekodkan tambahan kes baharu yang paling tinggi, 85 kes, iaitu daripada 351 kepada 436 hari ini diikuti Tawau dengan 261 kes (naik 51) dan Penampang dengan 228 kes (naik 28).
Dalam sebuah rumusan hari ini, jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes baharu sebanyak 61 peratus atau 1063 kes.
“Jumlah kes melalui saringan bergejala yang tinggi adalah satu peringatan bagi kita semua untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya semasa berada di khalayak ramai khususnya di tempat-tempat tertutup seperti pasaraya dan restoran…
“Inilah juga salah satu sebab kita mahu memperkenalkan keperluan dua dos lengkap bagi mereka yang bekerja dan melanggan di pasaraya dan restoran (sebulan daripada sekarang) untuk mengurangkan risiko jangkitan sporadik di tempat lazim dikunjungi orang ramai,” jelas beliau.
Pesakit baharu kategori 2 terus menjadi kumpulan yg terbanyak iaitu 972 kes atau 55.5 peratus daripada 1752 kes.
Masidi berkata tren itu sejajar dengan peningkatan kes baharu melalui saringan bergejala.
Sehingga semalam (Jumaat) seramai 44.6 peratus penduduk dewasa Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 20.8 peratus telah melengkapkan pengambilan dua dos.
Tiada kluster baharu dilaporkan pada hari ini.
Pecahan jumlah kes baharu positif COVID-19 hari ini mengikut daerah adalah seperti yang berikut:
Kota Kinabalu – 436
Tawau – 261
Penampang – 228
Sandakan – 113
Tuaran – 111
Keningau – 100
Papar – 69
Kota Belud – 55
Beaufort – 54
Lahad Datu – 43
Putatan – 40
Sipitang – 36
Beluran – 33
Kalabakan – 25
Tongod – 23
Kudat – 18
Semporna – 16
Tambunan – 16
Kinabatangan – 15
Kota Marudu – 13
Telupid – 11
Pitas – 11
Tenom – 8
Ranau – 6
Kunak – 6
Kuala Penyu – 4
Nabawan – 1