Sebanyak 2,447 Ekor Khinzir Dibunuh Setakat Mac

Sebanyak 2,447 Ekor Khinzir Dibunuh Setakat Mac

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 2,447 ekor khinzir di seluruh Sabah telah dimatikan ekoran penularan virus African Swine Fever (ASF) yang dikesan di 20 daerah setakat ini.

Menurut laporan ringkas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) hari ini, 1114 ekor tersebut datang dari dua ladang komersial di Sandakan manakala 1333 lagi adalah peliharaan sendiri.

Katanya sejumlah 459 kempen sedang giat dijalankan pada 17 buah daerah.

Daerah yang dikesan positif dengan ASF termasuk Pitas, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kinabatangan, Sandakan, Kalabakan, Lahad Datu, Tawau, Tongod, Nabawan, Keningau, Tambunan, Kuala Penyu, Sipitang, Semporna, Kota Kinabalu, Papar, Tenom dan Penampang,