KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pejalan kaki masih dapat berjalan selepas dilanggar kenderaan Perodua Myvi yang telah hilang kawalan dan turut merempuh pintu utama premis D’Evergreen Cafe di Cyber City sini tengah hari tadi.
Mangsa wanita yang dikenali sebagai Noraizmah Abdul Momen, 30, mengalami cedera ringan di bahagian kaki.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan beliau telah diberikan rawatan oleh Pegawai perubatan.
Beliau kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 menggunakan Ambulans bagi mendapatkan rawatan selanjutnya sejurus panggilan kecemasan 12.55 tengah hari itu.





