Sebanyak 85 Rumah Di Penempatan Haram Dirobohkan

Sebanyak 85 Rumah Di Penempatan Haram Dirobohkan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 85 buah rumah haram yang dihuni warga asing telah dirobohkan dalam satu Operasi Bersepadu ‘Ops Roboh’ yang diketuai oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Kampung Cenderakasih, Kolombong.

Memetik satu kenyataan yang dikeluarkan DBKK melalui platform media sosial Facebook, operasi tersebut dilaksanakan selama dua hari berturut-turut bermula pada 17 Mac.

Ia membabitkan 27 anggota terdiri dari 15 anggota penguatkuasa DBKK, empat anggota PDRM, tiga kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd dan lima kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Pihak DBKK sering menerima aduan daripada penduduk berhampiran mengenai masalah sosial dan jenayah seperti aktiviti mencuri eletrik, mencuri air, aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu, judi dan masalah lain di kawasan penempatan haram ini.

Pihak DBKK juga telah mengenalpasti beberapa penempatan haram yang lain dan sedang mengambil tindakan-tindakan yang perlu mengikut proses undang-undang dan prosidur yang ditetapkan.