SEGERA DAKWA DAN SUMBAT DALAM PENJARA PEMIMPIN PARTI WARISAN, ISMAILY BUNGSU BIADAP...

SEGERA DAKWA DAN SUMBAT DALAM PENJARA PEMIMPIN PARTI WARISAN, ISMAILY BUNGSU BIADAP TUDUH DYMM SULTAN DAN RAJA-RAJA ZALIM, PEMBUNUH DAN AHLI NERAKA – GASA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Kenapa belum ada tindakan diambil ke atas Ismaily Bungsu selepas MEMFITNAH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertua Agong dan Raja-Raja di Malaysia.”

“Ismaily sangat BIADAP dan sangat KURANG AJAR melakukan fitnah dan hasutan, sepatutnya pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara segera membuat pendakwaan terhadap pengkhianat seperti Ismaily untuk menjaga institusi beraja di Malaysia,” demikian kenyataan yang dibuat oleh Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA).

“Ismaily kerap memfitnah, malahan sebelum ini mengakui mempunyai banyak akaun palsu Facebook untuk menabur fitnah.”

Ismaily SAHKAN memiliki lebih 10 telefon bimbit untuk aktifkan akaun Facebook yang mana bekemungkinan adalah akaun palsu…(Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik DATUK Ismaily Bungsu)

“Ismaily juga adalah pemimpin kesayangan Datuk Seri Shafie Apdal, telah diberikan gelaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ dan jawatan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah.”

“GASA amat hairan apa jasa Ismaily kepada negeri Sabah sehingga Shafie Apdal berikan gelaran ‘Datuk’?, setiap hari kerja menulis puisi hanya untuk menabur FITNAH.”

Ismaily Bungsu ahli Parti Warisan Sabah pada 04 Jun 2020 telah memuat turun artikel memfitnah DYMM Raja-Raja dan Sultan yang mana dia kemudiannya telah memadam artikel tersebut. Dua (2) laporan Polis telah dibuat ke atas Ismaily, satu daripadanya oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuaran, manakala satu lagi oleh Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57).

FOTO; Pada 06 Jun 2020, Pemuda UMNO Bahagian Tuaran melalui Ketua Pemudanya Alfian Sambas telah membuat laporan Polis di Balai Polis Tuaran Sabah ke atas Ismaily Bungsu kerana menghina Raja…

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) pada 27 Ogos telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur ke atas Ismaily Bungsu kerana menghina, memfitnah dan mengaibkan Raja…

Di antara kenyataan FITNAH dan bagi tujuan menghasut rakyat untuk melakukan kudeta menukar negara Malaysia yang mempunyai sistem Beraja kepada sistem Republik adalah seperti berikut,

RAJA BERPELEMBAGAAN KENA FAHAMI. RAJA BUKAN MAKSUM BUKAN TUHAN. BANYAK KERAJAAN ADA RAJA JATUH KESAN RAKYAT BOSAN DAN AKHIR KERAJAAN JADI REPUBLIK INDONESIA, FILIPINA DAN BANYAK LAGI.

Ismaily juga turut menuduh Raja-Raja berlaku Zalim, makan harta rakyat malahan menjadi ahli neraka.

KITA HORMAT RAJA BAIK,RAJA MENGADA-NGADA KITA KENA SANGGAH MACAM PERIBAHASA SEBAB MASUK KUBUR ALLAH TAK PEDULI RAJA ATAU SULTAN

SILAP SILAP BANYAK RAJA MASUK NERAKA KESAN SOMBONG, TAKBUR,MAKAN HAK RAKYAT

MUNGKIN ADA RAJA BENGIS DITUNJUK KASIH SAYANG, HANYA PURA PURA

RAJA ADIL RAJA KITA PATUH TAL ADIL SANGGAH

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik DATUK Ismaily Bungsu…

Gasa berkata lagi “Inikah cara ahli politik parti Warisan berpolitik, menghina Sultan sebagai pembunuh dan ahli neraka, sebelum ini ahli-ahli Warisan turut menghina kaum Kadazan Dusun dan Murut di Sabah…

“Ismaily Bungsu juga menuduh seolah-olah Sultan di Malaysia ni macam ‘TUHAN’ dan tidak perlu disembah, sedangkan Raja-Raja tidak pernah minta di sembah semacam Tuhan, malahan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertua Agong dan Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam dan selalu dinasihati oleh Mufti untuk urusan agama,” kata GASA.

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik DATUK Ismaily Bungsu…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook milik DATUK Ismaily Bungsu…

GASA turut berkata lagi bahawa tindakan tegas sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja individu yang melanggar undang-undang negara tanpa mengira sama ada individu tersebut mempunyai hubungan akrab dengan Ketua Menteri atau Menteri.

“Walaupun di Sabah tidak mempunyai Sultan tetapi adakah Ismaily boleh memfitnah Raja-Raja. Bukankah rukun negara telah menjadi paksi kepada semua rakyat Malaysia di mana rukun negara yang kedua adalah kesetiaan kepada Raja dan Negara.”

Justeru, pihak Polis termasuk Jabatan Peguam Negara perlu bertindak tegas untuk mendakwa Ismaily Bungsu di Mahkamah.

“Rakyat Sabah juga diminta bangkit untuk menolak Parti Warisan Sabah kerana kepimpinan Parti Warisan bukan sahaja GAGAL membangunkan negeri Sabah, bahkan mengamalkan POLITIK FITNAH yang kerterlaluan sehingga boleh merosakkan keamanan negeri Sabah,” GASA berkata lagi.