Sektor Pelancongan, Kebudayaan Penting Bangunkan Ekonomi Sabah

Sektor Pelancongan, Kebudayaan Penting Bangunkan Ekonomi Sabah

0
SHARE
Christina
Christina semasa berucap ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Sektor pelancongan dan kebudayaan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) , Datuk Christina Liew berkata hal tersebut dilihat melalui peningkatan hasil pendapatan negeri melalui beberapa sektor di bawah pelancongan.

“Hasil pendapatan ini merangkumi pelbagai kluster industri seperti kraftangan, warisan budaya dan eko pelancongan.

“KePKAS akan memantapkan kerjasama dan melipatgandakan usaha dibawah seni budaya iaitu industri kraftangan, seni visual serta persembahan dengan negeri lain untuk menyasarkan pertumbuhan yang lebih positif pada tahun-tahun akan datang,” katanya semasa merasmikan Malam Penangguhan Sambutan Regatta Lepa Kali Ke-28 Tahun 2023.

Turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Mohd Yusrie Abdullah dan Pegawai Daerah Semporna Alexander Liew. — JABATAN PENERANGAN SABAH