BAREILLY, INDIA – Pekerja kabel elektrik nekad bertindak memutuskan bekalan elektrik sebuah balai polis di Bareilly, India baru-baru ini sebagai membalas tindakan polis yang telah menyamannya.
Bhagwan Swarup memutuskan bekalan elektrik Balai polis Hardaspur di Bareilly kerana marah dan ingin membalas dendam terhadap seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang telah mengenakan saman kepadanya kerana kesalahan trafik.
Memetik laporan tempatan Arynews, pegawai polis, Modi Singh dalam pemanduan memeriksa kenderaan apabila dia memberhentikan Bhagwan Swarup dan memintanya menunjukkan maklumat peribadinya.
Swarup berkata, bahawa dia tidak membawanya, namun memberitahu dia boleh pulang rumah mengambilnya.
Inspektor tersebut bagaimanapun tidak mengendahkan permintaannya dan mendendanya RM28 (Rs500).
Swarup menjadi berang selepas disaman dan menghubungi rakan sekerjanya di jabatan elektrik meminta mereka memutuskan bekalan eletrik balai polis tersebut.
Ekoran itu, kaki tangan balai polis Hardaspur terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.
Dalam pada itu, pegawai tinggi polis di kawasan itu telah mengarahkan siasatan segera atas kejadian terbabit.





