Seorang Penduduk Kampung Cinorop Bunga Raya Maut Dihempap Dahan Pokok

Seorang Penduduk Kampung Cinorop Bunga Raya Maut Dihempap Dahan Pokok

0
SHARE
Pasukan perubatan memeriksa mayat mangsa di tempat kejadian...

KENINGAU, SABAH – Seorang penduduk Kampung Cinorop Bunga Raya di sini maut dihempap dahan pokok ketika sedang membersihkan sebuah kebun di sini petang kelmarin.

Louri Bangkang, 57, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan panggilan kecemasan berhubung kes diterima pada pukul 2.22 petang.

Dahan pokok yang membunuh mangsa…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, PKPgB Sharudy Delamin berkata, mangsa bersama rakan-rakan yang lain sedang memotong pokok dalam insiden tersebut.

PKPgB Sharudy Delamin…

“Sebatang pokok yang baru ditebang telah tumbang ke arah pokok bersebelahan…

“Pokok tersebut turut tumbang dan salah sebatang dahan pada pokok kedua itu menghempap mangsa di bahagian kepala,” jelasnya.

Beliau berkata mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Keningau menggunakan Ambulans untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 5.42 petang.