UTTAR PRADESH, INDIA – Seorang lelaki didakwa memukul dan menghalau isterinya keluar rumah kerana wanita itu enggan mengundi parti pilihannya pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri yang baru berakhir di negeri ini.
Memetik laporan DNA news, lelaki berkenaan juga didakwa telah mengugut untuk menamatkan perkahwinannya dan menceraikan isterinya yang baru berusia 21 tahun itu.
Susulan daripada perkaran itu, wanita berkenaan kemudiannya meminta bantuan badan NGO yang mana telah membangkitkan isu itu di media serta memaklumkan kepada polis.





