Seramai 27 Orang Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Di Sabah

Seramai 27 Orang Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 27 orang telah meninggal dunia akibat COVID-19 kelmarin (Sabtu) di mana Sabah mencatat 2,651 KES baharu positif COVID-19.

Tujuh (7) dari kes kematian tersebut berlaki di Tawau, enam (6) kes di Kota Kinabalu, tiga (3) kes di Sandakan, dua (2) kes di Lahad Datu manakala Kota Marudu, Tuaran, Penampang, Tenom, Tongod, Sipitang, Keningau, Kudat dan Beluran masing-masing mencatatkan satu (1) kes.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daripada analisis data, sejumlah 1,747 kes adalah keputusan tertunggak.

“Penjelasan ini perlu difahami bagi mengelak tanggapan bahawa jumlah kes harian yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu,” tegasnya.

Secara keseluruhan, 1,612 kes baharu yang dicatat melibatkan kontak rapat.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 21 Ogos 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Jelasnya, 50.3 peratus (50.3%) penduduk dewasa negeri Sabah telah diberi vaksin sekurang-kurangnya satu dos dan 26.9 peratus (26.9%)  telah melengkapkan dua dos.

Satu kluster baharu turut dikesan, Kluster Cantawan, Lahad Datu yang berlaku di sebuah ladang kelapa sawit di Silabukan.

Kluster berkenaan dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

“Kes indeks merupakan kakitangan lelaki, 24, yang disahkan positif di klinik swasta pada 16 Ogos selepas bergejala sejak lima hari lalu…

“Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap kontak rapat dan ahli keluarga mendapati pertambahan 46 kes positif,” kata Masidi.

Dalam pada itu tujuh (7) lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 23 Ogos sehingga 5 September.

“Kawasan ini termasuk empat (4) Lokaliti di Tawau iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4…

“Dua lokaliti di Beluran iaitu Kampung Sulit paitan dan Kampung Matanggal Lama dan PPR Taman Mesra di Sandakan,” kata beliau.