SESB Serah RM3.02 Juta Zakat Perniagaan

SESB Serah RM3.02 Juta Zakat Perniagaan

0
SHARE
Juhar
Mohd Yaakob menyerahkan zakat kepada Aliakbar (tiga dari kanan), sambil disaksikan oleh Tun Juhar ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3,029,624.00 bagi tahun 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Zakat tersebut diserahkan oleh Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar kepada Ahli Majlis Tertinggi MUIS Dr Aliakbar Gulasan yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut mengiringi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Kewangan SESB Mohamed Fadil Mohd Fadhlullah.

Menurut Mohd Yaakob, jumlah 12.5 peratus dalam bentuk wakalah zakat yang diterima semula oleh pihaknya akan diagihkan kepada para penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, rumah kebajikan, rumah ibadat Islam dan sebagainya.

“Untuk bulan Ramadhan yang akan datang ini, beberapa aktiviti telah dirancang seperti majlis berbuka puasa dan juga penyampaian wakalah zakat kepada anak-anak yatim, golongan yang kurang berkemampuan dan bantuan yang sewajarnya.

“Bantuan ini bukan sahaja terhad di bulan Ramadhan, tetapi kita panjangkan sepanjang tahun contohnya SESB melalui program bantuan mesra rakyat iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan juga Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kita telah pun menyerahkan sebanyak empat buah rumah mesra rakyat,” jelas beliau ketika ditemui media di Istana Seri Kinabalu, semalam. — JABATAN PENERANGAN SABAH