SESB Tetap Penuhi Permohonan Pengguna

SESB Tetap Penuhi Permohonan Pengguna

0
SHARE
Yaakob
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar ( Sumber Foto: Ihsan SESB )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan berusaha memenuhi semua keperluan dan permohonan untuk bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Insiden kebakaran yang berlaku di salah sebuah gudang simpanan baru-baru ini telah memberi kesan terhadap kewangan SESB dalam memenuhi permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar bekata kejadian mengejutkan ini telah menyebabkan banyak stok simpanan kabel elektrik baharu telah terbakar, rosak dan tidak boleh digunakan.

Kabel-kabel elektrik yang terbakar ini sepatutnya diagihkan ke stor-stor daerah SESB dalam masa terdekat.

Kabel elektrik yang terbakar tersebut adalah merupakan komponen utama dalam pembekalan tenaga elektrik di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata, usaha untuk membuat perolehan segera kabel-kabel berkaitan telah dibuat namun proses ini dijangka akan mengambil masa.

Justeru itu, SESB memohon para pelanggan yang telah membuat permohonan bekalan elektrik untuk bersabar sehingga kabel elektrik yang baharu dibekalkan.